Ahad, 29 Disember 2013

Kenali ikan air tawar Malaysia (siri 1)

Jom kenali spesis ikan air tawar di negara kita. Ada yang mudah dijumpai dan ada sangat susah nk dilihat...kira kategori rare la...hehe...Banyak faktor kenapa ikan-ikan ni sukar dilihat sekarang, salah satunya sikap tamak segelintir manusia yang inginkan keuntungan dalam masa yang singkat, ditubanya sungai tidak pun di bom. Habis semua spesis tidak kira kecil  atau besar mati bergelimpangan. Jom kita lepak-lepak minum air sambil tengok gambar-gambar ikan ni. 


Ikan Kelah
  • Habitat : kawasan sungai pergunungan/jeram pergunungan
  • Dikatakan ikan air tawar yang paling sedap rasanya
  • Daya juang yang sangat tinggi (menjadi kegilaan para pemancing)
  • Ada yang menjadikannya ikan hiasan berikutan keadaan fizikalnya yang cantik (penjagaan yang rumit)
  • Pelbagai spesis ikan kelah di Malaysia antaranya, kelah merah, kelah merah bara dan kelah sirip biru
  • Harganya sangat mahal mencecah RM100/kg
  • Teknik pancingan : bottom, casting , fly fishing





Ikan Tengas
  • Habitat : kawasan sungai pergunungan/jeram pergunungan
  • Keluarga terdekat ikan kelah 
  • Ikan air tawar kedua tersedap selepas kelah
  • Menjadi buruan pemancing - memberi tentangan yang tidak kurang hebat
  • Mencecah RM80/kg
  • Seringkali dijadikan ikan hiasan berikutan keadaan fizikalnya yang cantik
  • Pelbagai spesis tengas dikenal pasti pada hari ini
  • Teknik pancingan :  : bottom, casting , fly fishing















Ikan Sikang
  • Habitat : kawasan jeram berbatu dan berpasir serta jernih airnya
  • Dikenali sebagai trout Malaysia
  • Nama saintifiknya Barillius Guttatus
  • Teknik pancingan : casting & fly fishing (seronok dilayan menggunakan set ringan)


p/s - sumber gambar dari google





Jumaat, 27 Disember 2013

Ryobi Applause

Reel ekonomi buatan Jepun yang tahan lasak. Terdapat dalam pelbagai saiz untuk dimiliki. Saya sendiri mengunakan reel ini untuk casting, jigging dan bottom. Bagi saya ianya sangat berbaloi, sesuai digunakan di air masin mahupun air tawar. Sekiranya dijaga dan di servis selalu, pasti prestasinya tidak akan menghampakan anda.



Saiz 1000, 2000, 3000, 4000, 6000 & 8000

Made in Japan

Maklumat reel


Diagram

Kenali spesis Snakehead

Spesis Snakehead dalam negara dan luar negara yang diketahui. Memang sesuai dengan keadan fizikalnya, sekali pandang seakan-akan kepala ular. Kepelbagaian warna serta larian padu yg kadangkala sukar dikekang membuatkan spesis ini digilai oleh para pemancing. Faktor air juga sedikit sebanyak mempengaruhi corak di badannya.